“
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi
lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”
Amira meneliti
bait-bait kata puitis itu sepenuh hati. Itulah yang berlaku pada
dirinya sekarang, mencintai seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk
memberitahu perasaannya itu pada orang yang dicintainya. Amira merasakan
dirinya penuh kekurangan, sebenarnya rasa rendah diri yang keterlaluan
itulah yang menyebabkan dirinya seolah-olah terkurung dengan perasaannya
sendiri, dan dia seolah olah rela melepaskan orang yang dicintai
sepenuh hati dalam diam itu pergi.
Amira
mengeluh kecil, sambil meletakkan pen yang dipegang untuk kedapur.
Didapur mamanya sedang menggoreng ikan berdasarkan bunyi desiran minyak
panas dikuali.” Mama masak apa hari ni? Tanya Amira.”hari ni mama masak
lauk istimewa untuk dua orang anak mama ” balas Puan Lisa.”kakak mana?”
tanya puan Lisa sambil meninjau melihat ikan yang digorengnya. “ Apa
lagi, tidur lagi Ma” balas Amira. “Puteri ni, apa nak jadi, tidur tu
kalau tak dah tengah hari tak bangun, apa nak jadi dengan anak dara
zaman ini” rungut Puan Lisa. “ Ma, jangan marah, kak Puteri buat kerja malam
tadi, lepas subuh tadi baru dia tidur” jelas Mira, dia masak perangai
mamanya yang cepat sangat marah kalau ada yang tidak kena dengan
anak-anaknya.”Mana Mia tahu? Tanya Puan Lisa pula,dia rasa bersalah pula
merungut tanpa usul periksa. “tadi masa Mia bangun solat subuh, Mia
jenguk bilik Kak Puteri tengah mengadap komputer lagi dan lepas tu dia
solat subuh dan pesan pada Mia kejutkan dia pukul 10 pagi, la sekarang
dah 10.30, matilah Mia lupa nak kejut dia,nasib baik Mama tanya kalau
tak habis Mia, Mia pergi kejut kakak sekejap Ma” .Terkocoh-kocoh Amira
menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan kakaknya.
Puan Lisa hanya menggeleng kepala melihat telatah Amira. Amira Safia dan Puteri Balqish dua butir permata bagi dirinya. Amira
seorang yang peramah tetapi ada bab-bab yang tertentu boleh meyebabkan
dia menjadi sangat pendiam, bijak, baik hati dan paling berdisiplin,
masih belajar disebuah Universiti tempatan. Manakala Puteri, seorang
yang manja walaupun dia anak sulung, lemah lembut berbanding Amira,
petah berhujjah dan kini bekerja sebagai peguam disebuah firma guaman
terkenal .Dia bersyukur kedua orang anaknya dapat membesar dengan
suasana yang baik dan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.
“Kak Puteri, Mia tanya sikit boleh tak?”, Amira bersuara sambil matanya asyik memandang kakaknya yang sidang sibuk menaip menggunakan komputer.
“Tanyalah, apa dia?, Sejak bila minta izin nak tanya ni, biasanya tak
pernah pun nak minta izin” jawab puteri sambil matanya tidak lekang dari
skrin komputer. “o.k, macam ni, …aa ..”berat mulut Amira untuk
berkata.” wei, apanya Mia” tanya puteri , Mia adalah panggilan untuk
Amira . Puteri menyimpan fail yang dibukanya dan mula keluar dari
‘microsoft word’ dan terus membiarkan komputer terbuka. Serta-merta dia
mengadapkan mukanya ke muka Amira. Mereka sangat rapat dari kecil kerana
di rumah itu hanya mereka berdua beradik . Puteri dapat merasakan ada
sesuatu yang berat mengganggu hati Amira adik kesayangannya itu. Puteri
walaupun anak sulung yang manja tetapi dia tetap boleh diberi ‘award’
sekiranya apa-apa jua masalah yang berkaitan dengan adik dan mamanya,
biasanya dialah yang
“o.klah,
adik, apa dia, beritahu kak puteri, macam berat sangat ni, beritahulah
kalau kak puteri boleh tolong, kak putri tolonglah, kalau tak dapat nak
tolong kita cubalah iktiar untuk selesaikannya, O.k?” Puteri memberi
jaminan. Amira membisu, dia sebenarnya mahu memberitahu puteri perkara
ini tetapi dirasakannya amat berat mulutnya. Adakah masalah ini penting
atau tidak penting? Patutkah dia minta pandangan Puteri? Itu yang
berlegar-legar dalam fikirannya. Dia mengambil keputusan untuk
memberitahu puteri kerana dia rasa sudah tidak sanggup lagi untuk
memikirkannya.
“Macam
ni kak, Mia rasa Mia suka dengan seseorang, tapi dia tak tahu Mia suka
dengan dia, Mia rasa macam dekat sangat dengan dia walaupun kami jarang
sekali bertegur sapa, Mia selalu
sangat terserempak dengan dia, masa tu jantung Mia mesti
dup…dap..dap..macam tidak boleh nak berhenti..Mia perasaan jantung Mia
jadi macam ini beberapa minggu lepas,..orang kata ini adalah perasaan
cinta…betul ke Kak Puteri?” suara Amira berterus terang tentang lelaki
yang disukainya. Itulah positifnya Amira, dia akan bercerita tanpa
berselindung dengan Puteri walau apa pun masalah dan yang penting
sikapnya yang sering berusaha untuk keluar dari masalah sering
menjadikan dia istimewa pada pada pandangan Puteri. Puteri kenal lelaki
yang disebut Amira itu, rasanya dia tinggal ditaman yang sama dengan
tempat tinggal kami.
“Mia, rasanya dia tinggal kat taman kita ni jugakan? Puteri minta penjelasan.”Ya..tepat sekali!”.jawab Amirah pantas.
“Macam
itu pun boleh jatuh cinta?’, memang cinta itu buta!” puteri berkata
sambil tersenyum sinis pada Amira.Walau apa pun pada pandangan puteri
lelaki itu memang baik jadi tidak mustahil Amira menyukainya. Puteri
tersenyum, Ini rupanya yang bersarang difikiran Adiknya. Patut
akhir-akhir ini dia nampak sikap Amira sedikit pelik, kadang-kadang
nampak terlalu bersemangat dan kadang-kadang nampak lesu, jatuh cinta
rupanya…cinta remaja (cinta monyet atau sejati?) entah puteri sendiri
tidak tahu untuk mengukurnya.
“kak Puteri, janganlah senyum-senyum macam tu, kalau tau kak Puteri cuma nak senyum dengar masalah Mia ni, lebih baik tak payah beritahu” bebel Amira.
“
La…, senyum pun tak boleh?”Giat Puteri. “adik dah jatuh cinta rupanya,
tapi si dia tak tahu adik suka dia, susah ni dik ,apa orang kata “
bertepuk sebelah tangan”!, tak berbunyi..so tak ada faedahnya, kita kena
ingat apa pun yang kita lakukan mestilah ada manfaatnya dan kena
berpijak dibumi nyata tahu?” jelas Puteri.
“habis
macam mana nak selesaikannya, kak Puteri tolonglah, hari-hari asyik
ingat dia tu, memang tak berfaedah rasanya, tapi perasaan itu datang
sendiri”gumam Mira.
“
Adik, bercinta tak salah tapi yang tak betul ialah cara kita melayan
cinta itu, lebih-lebih kita sebagai wanita Islam, kena jaga adab dan
syariat dan lebih-lebih lagi Mia tengah belajar pula tu, kak puteri tak
halang adik suka orang tu, itu adalah fitrah manusia. Satu masalahnya
orang tu tak tahu adik suka dia. Sekarang ini akak boleh beri dua
pandangan , suka hatilah mana satu adik nak pilih”.
“Pertama,
adik berterus terang dengan dia, beritahu dia adik suka dia dan nak
berkawan dengan dia, risikonya dia akan terima atau tolak cinta
adik,sekiranya dia lelaki yang baik dia akan terima dan tolak dengan
cara yang terhormat, maksud maruah kita sebagai wanita masih
terjaga,andainya tidak, tercalar juga maruah kita sebagai wanita, berani
ke dik? Adik fikirlah. Cadangan Yang kedua
, adik simpan sahajalah perasaan suka dengan dia itu, Kalau benar dia
jodoh Mia, ia tidak akan ke mana-mana, sekarang Mia masih belajar, dia
pun tengah belajar, utamakan pelajaran, anggap perasaan cinta ini
sesuatu yang manis dan ia boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk
terus hidup, buat solat hajat dan solat istikharah”.
“Sebenarnya
apabila kita menyintai seseorang tidak semestinya kita mesti
memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan
kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita
juga akan rasa bahagia” jelas puteri lagi, dia pun tidak tahu bagaimana
dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu
ada logiknya pada pandangan Amira.
“Mia,
jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair, cita-cita Mia belum
lagi tercapaikan? Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik
akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi . Di mana ada cinta di situ
ada kehidupan. Itulah positifnya cinta ”jelas Puteri lagi. “Sekarang ini
terserah pada adik nak buat keputusan. O.k? “.Puteri meneruskan semula
kerjanya yang tergendala tadi. Dia berasa lega dapat memberikan
pandangan tentang masalah itu. Dia dapat melihat wajah Amira yang keruh
sudah ceria semula, itu menunjukkan Amira akan dapat membuat keputusan
yang tepat untuk dirinya sendiri,
###########

Tidak ada komentar:
Posting Komentar